Dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ni ada saja posting yang kontroversi. Kadang-kadang siap jadi perbalahan di antara pengomen-pengomen. Ada yang siap keluarkan kata-kata kesat lagi.
Kat sini admin dan moderator bertanggungjawab menapis dan men’delete’ komen-komen yang tak sesuai dan menggugatkan keharmonian group. Haaa.. Jangan ingat kerja Admin dan Moderator ni senang.. Kadang-kadang pening kepala nak melayan. Haha
Hari ni heboh pasal roti canai ular tu. Posting di bawah tag ‘lain dari yang lain’.
Sebenarnya ok juga penjual roti canai tu buat bentuk-bentuk macam tu. Ia boleh memberi kelainan kepada rupa roti canai itu sendiri. Barulah rare…! Memang lain dari yang lain.
Namun posting yang diterbitkan 9 jam yang lalu ini mendapat sambutan hangat. Saat entri ini ditulis, dah ada 5.5K reaksi, 2.5K komen, dan 165 share.
Di bawah adalah antara komen-komen yang sempat admin ambil untuk muatkan di sini. Komen di ‘copy paste’ saja tau.. Tanpa di edit.. Banyak la keje admin nak edit komen korang yang memacam siap dengan bahasa wechat tu. Hahaha..
Komen warganet:
Siti Aishah Stg: org zaman sekarang memang suka kecam..setakat bentuk pun boleh jadi isu..lagi pun tu kan tepung je bukan dibuat letak daging ular tu kan??
Maro Mushi: Geli geleman plok…dh la ular hok aku x suko doh..nk wt gru plok gak…meme x make la jwab nyo…
Amirr Hakimie Mohamad Noor: RAMAI BETUL ASATIZAH DALAM NI..KALAU YE PUN TAK SUKA GELI TAK USAH DIKATA SI PENJUAL..DIA TU CARI REZEKI..BUKAN NIAT DIA NAK VIRALKAN DAH ORANG NAMPAK ORANG VIRALKAN..YANG CAKAP HARAM TU KENAPA MUFTI KATA HALAL?SAPA MUFTI SEBENARNYA NI?
Iman Hakim: Kita siapa nak menghukum? Sudah2 la jangan main fb, download tiktok main tiktok 😭😭 aku xgeram si penjual, aku geram si komen yg bajet bagus ni
Muhammad Syahmi Adenan: Yg menyampah, geli, apa semua tu dah kenapa? Mengada2.. Mufti pun kata halal..
Azizul Helmy Abdullah Tamin: Alah roti ular xleh. Korg makan bahulu bentuk ikan, kunyah biskut/jelly bentuk beruang/teddy bear xpnh bising plak. Ke sbb dia comel maka dibolehkan. Kikiki
Nur Anisha: Roti pun dah heboh laa. Haram laa apa laa. Takmau makan dok dendiam. Takda sapa paksa. Itu kretifiti, untuk menarik tumpuan cust. Adoi
Enny Ewan: Nk sekor roti canai ular 😂😂 nk mkn mkn jaa yg rasa takut rasa geli apa duk diam2 jngn sebuk duk bunyi .. Bentuk jew bkn ukar btui duk dlm pinggan tuh apalah korang nie 😅😅😅tibe kuar haram apa.. Tgok juge bnda tuh bt dr apa nk kata haram2 laen ambik dr ular btui bt jd roti tuh .. Tuh tepung saja n saja bt btuk ular alahai otak cetek 🥴🥴🥴
Ayuue Juliana Yana: Allahu..tukang komen pun…x payah lah duk kutuk2 bagai.kat kelantan nih ade cafe yg buat Roti canai ular. Just be positif.kite masuk grup utk suka2 bkn nk berduka. Ek eleh…
Sebenarnya Roti Canai ni dah pun diulas hukumnya oleh para agamawan. Ianya tidak menjadi haram selagi bahan yang digunakan untuk membuatnya bukan daripada bahan-bahan yang haram.
Pandangan Mufti Kelantan: Tak Haram Makan Roti Canai Bentuk Ular